AM

METMALAYSIA KELUARKAN NASIHAT TAUFAN KONG-REY

29/10/2024 10:30 AM

KOTA KINABALU, 29 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Kong-Rey, yang dikesan kira-kira 1,662 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklmkan bahawa taufan tersebut berada pada kedudukan latitud 17.8 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 770 km ke Timur Laut Manila, Filipina.

Berdasarkan pencerapan pada pukul 8 pagi, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan tersebut bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 15 km/j, dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 130 km/j.

"Tiada kesan signifikan taufan tersebut ke atas Malaysia," menurutnya.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan