KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Cheras LeisureMall meraikan ulang tahunnya yang ke-30, mengiktiraf 18 penyewa lama yang telah menjadi sebahagian daripada mereka yang telah mengharungi perjalanan bersama sejak ia dibuka pada 1994.
Dalam kenyataan hari ini Cheras LeisureMall meraikan penyewa yang diberi penghormatan atas penampilan mereka untuk jangka masa yang cukup lama di pusat beli-belah itu, termasuk syarikat Popular, McDonald's, AsterSpring, Guardian Pharmacy, Baskin-Robbins, Poh Kong, Giordano, SoxWorld, Eu Yan Sang, Minit Cobbler dan Cheinhoong Florist.
Penyewa lain seperti Watson's, Wah Chan, Ogawa, Bata, Esquire Kitchen, May Xin Skin Care Centre, dan Besta, turut diiktiraf atas komitmen jangka panjang mereka.
“Dengan kadar penghunian yang kukuh menjangkau hingga 96 peratus, Cheras LeisureMall kekal komited untuk menyediakan pengalaman membeli-belah dinamik yang berkembang mengikut keperluan pengguna,” kata pengurusan Cheras LeisureMall.
“Dengan penambahan penyewa baharu, kami terus membawa pilihan runcit, makanan dan gaya hidup yang segar dan menarik kepada pelawat kami,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusannya, pusat beli-belah itu sedang menjalani inisiatif peningkatan aset secara berperingkat, termasuk pembesaran kawasan alfresco di tingkat bawah dan pemodenan kemudahan untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah.
Bagi memperingati ulang tahunnya yang ke-30 Cheras LeisureMall telah melancarkan "The Grand 30 Giveaway" program ganjaran pembeli khas yang berlangsung dari 15 Feb hingga 20 April.
Pelanggan yang mendaftar untuk aplikasi kesetiaan pusat beli-belah, PLAYCE, dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 dalam satu atau dua resit pada hari yang sama di cawangan yang mengambil bahagian, mereka berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM200,000.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah Haval H6 HEV, bersama baucar perjalanan, peralatan rumah serta gajet gaya hidup, dan para pemenang akan diumumkan pada Cabutan Besar secara langsung pada 27 April pukul 3 petang.
Sambutan diakhiri dengan persembahan tarian singa dan acara menggaul yee sang, memupuk suasana meriah dalam kalangan pengunjung.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Cheras LeisureMall di Facebook dan Instagram.
-- BERNAMA