AM

GEMPA BUMI KUAT LANDA SULAWESI, GEGARAN DI TAWAU, LAHAD DATU

24/07/2025 10:53 AM

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi, pada 4.50 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman 131 kilometer (km) itu berlaku kira-kira kira-kira 120 kilometer (km) Barat dari Gorontalo, Indonesia.

MetMalaysia memaklumkan gegaran dirasai di bahagian Tawau dan Lahad Datu, Sabah.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan