KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin, mencerminkan penurunan kadar asas pasaran tunai.
Pada 9.18 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025 merosot 10.0 mata kepada 1,519.0, September 2025 dan Disember 2025, masing-masing berkurangan 9.5 mata kepada 1,499.50 dan 1,500.0 serta Mac 2026 susut 6.5 mata kepada 1.491.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,107 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,150 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI berkurangan 9.50 mata kepada 1,523.85 selepas 38 minit dagangan daripada 1,533.35 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA