NIBONG TEBAL, 4 Ogos (Bernama) -- Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang wanita berusia 40 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak hujung bulan lepas.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata Reena Ong Ai Chin disyaki keluar dari rumahnya di sini, pada 30 Julai dan masih belum pulang hingga kini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita terbabit diminta menghubungi Ketua Polis Balai Nibong Tebal ASP Rusli Tipu menerusi talian 013-441 600 atau tampil ke balai polis berhampiran.
-- BERNAMA