DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA TINGGI KEBANYAKANNYA

07/08/2025 10:39 AM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi kebanyakannya pada Khamis.

Pada 9.23 pagi, Ogos 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,543.50, Disember 2025 naik tiga mata  kepada 1,527.50, Mac 2026 menokok 1.5 mata kepada 1,509.0, manakala September 2025 susut 0.5 mata kepada 1,523.50.

Jumlah dagangan mencecah 877 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 38,826 kontrak.

Selepas 42 minit dagangan, indeks petunjuk pasaran FBM KLCI susut 2.87 mata kepada 1,538.59 daripada 1,541.48 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan