KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter berlaku berhampiran Pantai Timur Kamchatka, Rusia pada 10.37 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pusat gempa terletak di koordinat 53.0° Utara dan 160.5° Timur, iaitu kira-kira 120 kilometer dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia, pada kedalaman 10 kilometer.
“Penilaian awal mendapati gempa bumi ini tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA