AM

SATU PPS DITUTUP, MANGSA BANJIR DI PERAK BERKURANGAN MALAM INI

11/05/2026 09:06 PM

IPOH, 11 Mei (Bernama) -- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru yang menempatkan enam mangsa banjir dari sebuah keluarga di daerah Batang Padang ditutup sepenuhnya siang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan masih terdapat 38 mangsa daripada 10 keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor di daerah Larut, Matang dan Selama.

"Kesemua mangsa merupakan penduduk Kampung Matang Pasir yang berlindung di PPS berkenaan sejak 1.30 pagi tadi susulan bencana banjir di kampung tersebut," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perak memaklumkan paras air di Sungai Kinta di Tanjung Tualang telah melepasi tahap bahaya dengan bacaan 13.57 meter (m), berbanding paras normal 10 m.

Sungai Bidor di Changkat Jong dan Sungai Slim di Slim River turut melepasi tahap bahaya dengan bacaan 3.72 m dan 26.91 m.  

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan