KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini seiring dengan peningkatan pasaran tunai.
Pada 9.30 pagi, kontrak Mei 2026 naik 0.5 mata kepada 1,754.50, Jun 2026 menambah 1.0 mata kepada 1,754.0, September 2026 naik 5.0 mata kepada 1,737.0, manakala Disember 2026 pada 1,736.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,088 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,208 kontrak.
FBM KLCI melonjak 9.63 mata kepada 1,754.94 daripada 1,745.31 ketika ditutup pada Isnin selepas 48 minit dagangan.
-- BERNAMA
