DUNIA

KOS PEPERANGAN DENGAN IRAN HAMPIR US$29 BILION - PEGAWAI PENTAGON

13/05/2026 12:00 AM

WASHINGTON, 12 Mei (Bernama-Anadolu) -- Seorang pegawai Pentagon pada Selasa memaklumkan bahawa peperangan dengan Iran meyebabkan Amerika Syarikat (AS) membelanjakan hampir US$29 bilion sejak ia bermula pada 28 Feb, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami berpendapat ia menghampiri US$29 bilion disebabkan oleh kos pembaikan dan penggantian peralatan yang dikemas kini, serta kos operasi am untuk mengekalkan anggota di medan,” kata Jules Jay Hurst, Setiausaha Rendah Pertahanan merangkap Pengawal Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan Pertahanan AS, semasa memberi keterangan di hadapan jawatankuasa kecil Peruntukan Dewan Perwakilan.

Bulan lalu, Hurst menyatakan AS membelanjakan kira-kira US$25 bilion untuk peperangan menentang Iran.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan