AM

SHMMP AIDILFITRI: KPDN SABAH PERIKSA 673 PREMIS PERNIAGAAN, TIGA DIKOMPAUN

19/04/2024 05:50 PM

KOTA KINABALU, 19 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah telah memeriksa sebanyak 673 premis perniagaan di seluruh negeri sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024.

Pengarah KPDN Sabah Geogie Abas berkata tiga daripada premis itu dikenakan kompaun serta-merta kerana dua daripadanya gagal meletakkan tanda harga bagi barangan harga terkawal, manakala satu premis lagi atas kesalahan menggunakan alat timbang tidak ditentusahkan untuk tujuan perdagangan.

“Dua daripada premis itu telah menjelaskan kompaun, manakala satu lagi belum dan diberi masa 14 hari untuk menjelaskan kompaun,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Georgie berkata tempoh pelaksanaan SHMMP itu adalah selama 15 hari, iaitu lima hari sebelum dan dua hari pada hari perayaan dan lapan hari selepas perayaan. 

“Sebanyak 19 jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2024 di Sabah,” katanya yang sebelum itu melakukan tinjauan di sebuah pasar raya di sini bersempena dengan hari terakhir SHMMP yang bermula 5 April lepas.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku peniaga semasa berurus niaga boleh menyalurkan maklumat atau aduan kepada kementerian ataupun melalui WhatsApp 019-8488000, http://eaduan.kpdn.gov.my dan pusat panggilan 1-800-886-800.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan