AM > BERITA

BEKAS MENTERI PENDIDIKAN MUSA MOHAMAD MENINGGAL DUNIA PADA USIA 81 TAHUN

08/06/2024 11:29 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bekas Menteri Pendidikan yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Tan Sri Musa Mohamad, 81, meninggal dunia akibat kanser darah, malam ini.

Menurut anak perempuan Allahyarham, Aisya Natasha Musa, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 7.12 malam di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya akibat kanser darah Mieloma berbilang.

"Tan Sri meninggal dunia sebab kanser Multiple Myeloma dan akan dikebumikan esok Insya-Allah," katanya ringkas.

Anak jati Bagan Datuk itu merupakan individu pertama bukan ahli politik memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari tahun 1999 hingga 2004.

Selain pernah berkhidmat di USM, Allahyarham turut memegang beberapa jawatan penting antaranya Presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari tahun 2001 hingga 2003.

Selain itu, Musa juga merupakan bekas Pengerusi Multimedia University dan Pengerusi Majlis Universti UCSI.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan