AM > BERITA

LEPTOSPIROSIS: SAMPEL KEDUA LIMA PESAKIT DIAMBIL - NGWE

13/06/2024 07:41 PM

MELAKA, 13 Jun (Bernama) -- Sampel kedua lima pesakit disyaki dijangkiti wabak Leptospirosis atau kencing tikus selepas mengunjungi Kolam Air Panas Jasin telah diambil mengikut prosedur ditetapkan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata berdasarkan ujian  sampel pertama yang dijalankan, hanya seorang pesakit dikenal pasti positif wabak berkenaan.

"Pihak kita masih menunggu keputusan akhir sampel kedua yang diambil daripada semua mangsa yang terlibat.

"Setakat ini, empat pelajar dan seorang penjaga masih dirawat di hospital manakala selebihnya daripada 33 kes yang dilaporkan mendapatkan rawatan di klinik," katanya kepada pemberita di Pulau Gadong, Klebang di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin kepada Purina Samsuri iaitu balu kepada Allahyarham jurukamera The Star Sardi Marhorm yang meninggal dunia pada 27 Mei lalu selepas mengalami komplikasi akibat pembedahan jantung.

Hadir sama Pengarah Perkeso Melaka Nur Mohammad Bakhtir Mohamad Akhir.

Media semalam melaporkan 33 orang termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah di sini disyaki dijangkiti kencing tikus selepas mengunjungi kolam tersebut minggu lepas.

Pengarah Kesihatan Melaka Dr Ruzita Mustaffa berkata pada 7 Jun lepas, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah menerima notifikasi sekumpulan pelajar sebuah sekolah mengalami gejala demam, batuk, selesema dan sakit badan selepas mengikuti program terapi di kolam air panas berkenaan dua hari sebelum itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan