AM > BERITA

AIDILADHA: SELANGOR SUMBANG 700 EKOR LEMBU, 1,000 KAMBING

14/06/2024 03:43 PM

SHAH ALAM, 14 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor menyumbang 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bagi menjayakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata untuk tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi menampung rakyat tidak berkemampuan melaksanakan ibadah berkenaan.

“Semua sumbangan ini akan diagih ke masjid dan surau di seluruh negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Amirudin berkata dalam mencapai kualiti ibadah korban yang terbaik, kerajaan negeri menetapkan syarat kepada pembekal seperti berat minimum untuk lembu ialah 270 kilogram (kg) manakala 100kg untuk kambing.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, kerajaan negeri tidak pernah terlepas menyumbang untuk ibadah korban. Moga manfaatnya dirasai oleh umat Islam yang memerlukan,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan