AM > BERITA

GANGGUAN AIR DI KAWASAN PERSIARAN KELICAP - PBAPP

19/06/2024 06:55 PM

GEORGE TOWN, 19 Jun (Bernama) -- Gangguan bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Rumah Pam di Persiaran Kelicap, Bayan Lepas, dekat sini telah menyebabkan gangguan bekalan air luar jangka di beberapa kawasan di situ hari ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan gangguan itu menyebabkan kawasan terlibat tiada air atau tekanan air rendah.

"Kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ialah Persiaran Kelicap, Lengkok Kelicap dan Persiaran Nuri dengan pasukan PBAPP serta TNB kini berada di lokasi untuk mengatasi isu tersebut.

"Gangguan bekalan air di kawasan itu berlaku bermula 3.30 petang hari ini sehingga 11 malam nanti," menurut hantaran itu hari ini.

PBAPP memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan status mengenai gangguan itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan