AM > BERITA

ANWAR UCAP TAKZIAH PEMERGIAN PENDAKWAH RASUL DAHRI

20/06/2024 12:39 AM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah dari Singapura, Rasul Dahri yang dilaporkan meninggal dunia malam ini.

Anwar dalam hantaran melalui Facebook berkata Allahyarham merupakan antara alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (YAA) iaitu sebuah yayasan yang digerakkan pemimpin belia dan mahasiswa pada sekitar 70-an yang diketuai Anwar ketika itu.

“Takziah kepada keluarga pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang dikhabarkan telah meninggal dunia. Beliau juga adalah antara alumni di Yayasan Anda suatu ketika dulu.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” kata Perdana Menteri.

Terdahulu, berita pemergian pendakwah itu dimaklumkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran di Facebook dan difahamkan Rasul meninggal disebabkan keuzuran.

“Menerima khabar kematian Ustaz Rasul Dahri … sebagai saudara Muslim, saya mendoakan keampunan untuk beliau … kali terakhir saya berjumpa beliau ketika saya di Johor tiga minggu lepas,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan