AM > BERITA

"SAAZISH", FILEM AKSI PUNJABI MALAYSIA TERBESAR, DITAYANGKAN 4 JULAI INI

27/06/2024 11:55 AM

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Filem aksi Punjabi terbesar Malaysia, "Saazish," bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara, 4 Julai ini.

Pengarah Arjin Uppal berkata filem itu berkisar tentang konspirasi dan sifat tamak, menampilkan watak-watak yang berbeza dalam plot yang kompleks tertumpu pada tema kekayaan dan tipu daya.

Dibintangi Kulbeer Singh, Avinder Singh, Amaan Singh Virk, Navinder Kaur dan Adi Putra, filem bertajuk "Saazish" atau ‘konspirasi’ itu berdurasi selama 90 minit, menjanjikan jalan cerita yang mendebarkan dan dialog puitis.

“Dengan tayangan awal di 35 teater dan berpotensi untuk dikembangkan, penonton Malaysia boleh menjangkakan pengalaman sinematik menggabungkan unsur budaya dengan penceritaan yang penuh unsur suspens,” kata Arjin kepada Bernama selepas tayangan perdana gala pada 25 Jun lepas di TGV Cinemas 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Filem tersebut diterbitkan oleh Sri Saheb Production Sdn Bhd.

Sementara itu, Navinder Kaur berkata, "filem ini pastinya mencipta sejarah dalam pawagam Punjabi Malaysia dan membuka lebih banyak peluang."

Menurutnya keistimewaan filem itu ialah penggunaan pelbagai bahasa yang menunjukkan diversiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Menjalankan penggambaran dengan seluruh pasukan (filem) adalah satu pengalaman yang akan sentiasa saya hargai.

“Saya benar-benar bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada filem ini dan mengharapkan sokongan padu daripada penonton. Anda akan dapat menonton gabungan aksi, percintaan dan drama kekeluargaan dalam satu filem,” kata Navinder yang juga model dan ahli gusti lengan negara.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan