AM > BERITA

SUNWAY LOST WORLD OF TAMBUN DIIKTIRAF DESTINASI PILIHAN TERBAIK PENGEMBARA TRIPADVISOR 2024

28/06/2024 04:54 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Sunway Lost World of Tambun dinobatkan antara Destinasi Pilihan Terbaik Pengembara TripAdvisor di Dunia 2024.

Menurut laman sesawang https://www.tripadvisor.com.my/ taman tema itu berada pada kedudukan ke-17 daripada 25 pilihan platform pelancongan terbesar di dunia. 

Sunway Lagoon Sdn Bhd menerusi satu kenyataan memaklumkan anugerah itu menonjolkan komitmen Sunway Lost World of Tambun dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang, tarikan menyeronokkan serta pengalaman sukar dilupakan oleh pengunjung dan memantapkan reputasi taman tema itu sebagai destinasi utama di Malaysia dan Asia.

“Sunway Lost World of Tambun berbangga untuk mengumumkan taman tema kami meraih gelaran taman tema dan taman air terbaik dunia. Ini meletakkan Sunway Lost World of Tambun dalam kalangan tiga taman tema Asia terbaik pada skala global,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan