KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Julai hingga 30 Jun 2026.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan semula itu bagi membolehkan Md Amin meneruskan perancangan beliau dalam memperkasa UPSI sebagai universiti awam tunggal yang bertujahkan bidang pendidikan.
Md Amin pertama kali dilantik menjadi Naib Canselor UPSI pada 24 Jun 2021 bagi tempoh tiga tahun.
“Kementerian juga yakin dengan pelantikan semula ini, beliau akan dapat terus memastikan kecemerlangan UPSI dalam bidang akademik dan penyelidikan serta seterusnya membantu melahirkan guru siswazah yang berkualiti untuk keperluan sektor pendidikan negara,” menurut kenyataan itu.
Sesi penyerahan watikah itu disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di pejabatnya, hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial