AM > BERITA

RAKYAT MALAYSIA DIBERI VISA E-PELANCONGAN 30 HARI PERCUMA KE INDIA MULAI 1 JULAI

29/06/2024 07:57 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang memohon visa e-Pelancongan ke India akan diberikan visa 30 hari dengan pengecualian yuran mulai 1 Julai.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur menyatakan bahawa warga Malaysia akan diberikan visa e-Pelancongan 30 hari dengan dua kemasukan secara percuma (tanpa yuran visa) untuk tempoh satu tahun, dari 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.

"Peraturan dan garis panduan sedia ada bagi visa e-Pelancongan dan visa e-lain akan terus berkuat kuasa, seperti yang diperincikan di laman sesawang rasmi.

Pengecualian yuran ini hanya terpakai kepada visa e-Pelancongan 30 hari. Kategori visa e-lain termasuk e-Perniagaan, e-Persidangan, e-Perubatan, e-Atendan Perubatan, e-Ayush, dan e-Kecemasan X Pelbagai akan tetap dikenakan yuran biasa.

Mereka yang memilih visa kertas tradisional melalui pembekal perkhidmatan luar (M/s IVS Global Visa Centre) atau terus daripada Suruhanjaya Tinggi akan tetap dikenakan yuran visa seperti biasa," katanya.

Pemohon perlu memohon secara dalam talian di https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html.

Pada masa ini, yuran untuk visa e-Pelancongan adalah RM464.56 setahun .

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan