AM > BERITA

MANGSA BANJIR DI SABAH TERUS MENINGKAT PETANG INI

02/07/2024 06:32 PM

KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 481 orang daripada 147 keluarga petang ini di empat pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 464 mangsa daripada 140 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Kebudayaan Penampang menunjukkan peningkatan jumlah mangsa iaitu 296 orang daripada 97 keluarga berbanding 279 orang daripada 93 keluarga pada pagi.

“Jumlah mangsa di Dewan Sri Putatan pula kekal 138 orang namun jumlah keluarga meningkat kepada 37 keluarga berbanding 34 keluarga kerana Jabatan Kebajikan Am Daerah Putatan memecahkan kiraan jumlah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jumlah mangsa di dua PPS di Tuaran juga kekal iaitu 29 orang daripada lapan keluarga berada di PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh dan 18 orang daripada lima keluarga ditempatkan di PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, Tamparuli.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan