AM > BERITA

PM SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA AKTIVIS AWAL REFORMASI

02/07/2024 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada aktivis awal reformasi Syed Harun Syed Yacob yang mengalami masalah kesihatan.

Anwar berkata sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI di kediaman Syed Harun di Batu Caves, Selangor hari ini.

"Saya dimaklumkan beliau mempunyai masalah paru-paru sehingga memerlukan bantuan pernafasan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata sumbangan itu bagi meringankan beban kos perubatan yang ditanggung oleh Syed Harun.

Beliau turut mendoakan agar aktivis itu diberi kekuatan dan kesembuhan secepat mungkin.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan