AM > BERITA

LEBIH 800,000 PELANCONG BRUNEI BERKUNJUNG KE PERAK TAHUN LEPAS - EXCO

03/07/2024 10:18 PM

IPOH, 3 Julai (Bernama) -- Sebanyak 811,833 pelancong dari Brunei direkodkan melawat Perak tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pelancongan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee.

Beliau berkata jumlah itu merupakan peningkatan berbanding 301,752 orang pada 2022.

"Brunei merupakan antara lima sumber pelancong yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selain Singapura, Indonesia, China dan Thailand," katanya ketika berucap pada Sesi Networking Tahun Melawat Perak 2024 sempena Familiarization Trip Tourism Malaysia Brunei ke Perak di sebuah restoran di Jalan Raja Musa Aziz di sini malam ini.

Dalam pada itu, Loh berkata statistik jumlah kedatangan pelancong domestik di negeri ini merekodkan sebanyak 17.1 juta pada tahun lepas dan telah berjaya menduduki tempat keempat selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak.

"Peningkatan ini memberi peluang yang besar untuk terus mempromosikan keunikan dan tarikan yang ada di negeri ini melalui strategi promosi yang berkesan dan penyediaan kemudahan pelancongan yang berkualiti, seterusnya kita dapat memastikan Perak terus menjadi destinasi pilihan bagi pelancong dari seluruh dunia," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan