AM > BERITA

NORISMADI KEKAL TERAJUI SAM HINGGA 2027

13/07/2024 07:43 PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Ketua Operasi Saluran Sukan RTM Norismadi Abd Manap kekal menerajui Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) bagi penggal 2024 hingga 2027 selepas menang tanpa bertanding hari ini. 

Pada Mesyuarat Agung Tri-Tahunan yang berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini menyaksikan Izahar Atan turut menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden.

“SAM akan memperhebatkan usaha memartabatkan wartawan sukan dan memperjuangkan hak ahli SAM.

“Malah, usaha pertama EXCO SAM yang baharu dipilih ini ialah untuk membantu ahli yang bertugas pada Sukan Olimpik Paris mendapat bekalan yang mencukupi, ” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan SAM hari ini. 

Dalam pada itu, 12 ahli SAM akan bertugas di Sukan Olimpik 2024 di Paris dengan kumpulan pertama dijadual berlepas pada 22 Julai ini.

SAM ditubuhkan pada 1969 dan didaftarkan pada 1984 dengan objektif utama memperjuangkan hak wartawan sukan di Malaysia.

Berikut merupakan senarai penuh EXCO SAM 2024-2027:

 

Presiden: Norismadi Abd Manap (RTM)

Timbalan Presiden: Izahar Atan (Cakap Sukan)

Naib Presiden: Hafizal Hamad (Astro Arena), Hazreen Mubarak (TV3)

Setiausaha Agung: Bazly Azmi (Astro Arena)

Bendahari: Azhari Mohd Yusof (Sport Images Malaysia)

EXCO: Rozaidi Zulkifli (Utusan Malaysia), Zuriati Zulmi (Bernama), Ku Mohd Lufti Ku Yahya (Media 247), A.Tinaletchumi (RTM), Firdaus Hashim (Harian Metro)

 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan