PELANCONG ASING DITAHAN DISYAKI CABUL PEKERJA SPA

16/07/2024 02:13 PM

JERTIH, 16 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian dekat sini semalam.

Ketua Polis Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata pemuda berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 19 tahun itu, semalam.

“Wanita yang bekerja sebagai juruterapi di sebuah spa di pulau berkenaan mendakwa dicabul semasa memberi perkhidmatan urutan kepada suspek.

“Sehubungan itu, pihak polis memberkas suspek di sekitar Jeti Pelancongan Kuala Besut 7.30 malam tadi. Hasil ujian urin mendapati suspek negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan