AM > BERITA

PEMANDU E-HAILING HILANG SEJAK MINGGU LEPAS DITEMUKAN SELAMAT

19/07/2024 09:33 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Seorang pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi sejak 12 Julai lepas ditemukan selamat di Pandamaran, Klang dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata Syahrul Asyraf Dahlan, 33, ditemukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah berkenaan pada 5.40 petang dan mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

“Hasil temu bual awal pihak polis dapati lelaki berkenaan tidak maklumkan kepada keluarga keberadaannya kerana dalam keadaan tertekan disebabkan menghadapi masalah kewangan dan pihak keluarga sudah dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Mohd Azam dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan kejadian Orang Hilang kira-kira 4.17 petang, Ahad lepas.

Kali terakhir lelaki itu dapat dihubungi oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka adalah pada 12 Julai.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan