AM > BERITA

MALAYSIA, BAHRAIN USAHA TINGKAT KERJASAMA DALAM PELBAGAI BIDANG

20/07/2024 12:41 AM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Usaha meningkatkan kerjasama Malaysia-Bahrain dalam pelbagai bidang untuk manfaat bersama antara dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungan hormat beliau ke atas Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, malam ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau dan Sheikh Hamad percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.

“Moga ulang tahun hubungan diplomatik Bahrain dan Malaysia ke-50 pada tahun ini juga bakal memberi lebih banyak peluang untuk memupuk kerjasama dan persahabatan dalam pelbagai bidang selain kerjasama ekonomi serta perkongsian pengalaman terkait sektor perbankan Islam global,” katanya.

Sheikh Hamad tiba di ibu negara hari ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan