AM > BERITA

IKRAR SULTAN IBRAHIM SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17

20/07/2024 12:05 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Sultan Ibrahim selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang di Istana Negara yang merupakan lambang kemegahan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

Sebagai melengkapkan istiadat pertabalan yang diadakan lima tahun sekali itu, Sultan Ibrahim melafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Berikut adalah ikrar yang dilafazkan oleh Sultan Ibrahim:

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirahmanirrahim.

Saya, Sultan Ibrahim bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah izin-Nya saya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Dengan ini, saya akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara serta memelihara dengan sempurnanya setiap masa agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara”.

Selesai sahaja Sultan Ibrahim melafazkan ikrar, Balairung Seri bergema dengan alunan lagu Nobat Tabal yang dimainkan oleh kumpulan Nobat Diraja Perak diikuti laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali dan lagu Negaraku, serentak dengan tembakan meriam sebanyak 21 das. 

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan