AM > BERITA

REMAJA LEMAS KETIKA MANDI SUNGAI BERSAMA RAKAN DI PUCHONG

20/07/2024 03:56 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mati lemas ketika bermandi-manda bersama empat rakannya di Sungai Rasau di Kampung Pulau Meranti, Puchong dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.41 petang.

Beliau berkata pegawai dan anggota Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang turut membantu dalam operasi mencari mangsa yang dilapor lemas dan dihanyutkan air ketika mandi di sungai itu.

“Mangsa ditemukan pada 6.36 petang pada jarak 30 meter dari lokasi remaja itu dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan