AM > BERITA

MOHD ZAMRI DILANTIK NAIB CANSELOR UMT

24/07/2024 11:08 PM

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim dilantik sebagai Naib Canselor universiti itu yang keenam bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos lepas hingga 31 Julai 2026.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu bagi menggantikan  Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar.

“Pelantikan beliau dilihat bakal meneruskan agenda pemerkasaan UMT sebagai peneraju utama bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik negara, sekali gus mampu memacu pembangunan ekonomi komuniti menerusi Dasar Ekonomi Biru,”  menurut kenyataan itu. 

Mohd Zamri, 53, mendapat Ijazah Sarjana Muda dari University of Sunderland, United Kingdom pada 1995, Ijazah Sarjana dari University of Warwick, United Kingdom pada 1997 dan Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2006 dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Beliau memulakan perkhidmatan di UMT sejak 1998 sebagai pensyarah muda dan diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan pentadbiran, antaranya Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UMT pada tahun 2010 dan Pengarah Makmal Pusat UMT pada 2012.

Mohd Zamri juga pernah memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik UMT pada 2019 sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT pada  2020. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan