AM > BERITA

Sarawak Metro Lancar Program Bahasa Mandarin

29/07/2024 05:39 PM

KUCHING, 29 Julai (Bernama) -- Sarawak Metro Sdn Bhd melancarkan program latihan bahasa Mandarin for Beginners sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Peningkatan Sosioekonomi (SEED).

Pengarah Komunikasi Korporat Program SEED dan Perhubungan Bumiputera Sarawak Metro Alexius Barieng berkata program latihan berkenaan bertujuan menangani halangan bahasa antara pasukan Metro Sarawak dan penyedia teknologi dari China itu.

“Bahasa adalah cabaran dihadapi apabila bekerja dengan penyedia teknologi kami dari China. Kami menyasarkan untuk merapatkan jurang ini dengan program Mandarin for Beginners, meningkatkan komunikasi dan kerjasama,” katanya pada majlis pelancaran di pejabat korporat Sarawak Metro di sini hari ini.

Sarawak Metro dalam kenyataan memaklumkan sumber latihan untuk program itu disediakan oleh Jabatan Pembelajaran Cemerlang Berterusan Profesional (ProCEL) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Program kerjasama antara Kontraktor Sistem Pakej 1 Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dan EMG JV Sdn Bhd dihadiri oleh 80 kakitangan dan perantis Program Bakat Muda yang mendaftar untuk program latihan selama 14 minggu.

Sebaik menamatkan program, peserta berpeluang untuk mengambil bahagian dalam program bahasa Mandarin yang lebih tinggi, merangkumi terminologi kejuruteraan teknikal.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan