AM > BERITA

e-Invois Mandatori Untuk Syarikat Berjualan Melebihi RM100 Juta Mulai Hari Ini - LHDN

01/08/2024 05:53 PM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pelaksanaan e-Invois secara mandatori untuk syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula hari ini, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

LHDN dalam kenyataan berkata langkah ini menandakan permulaan era baharu dalam usaha mendigital dan memperkasa sistem percukaian negara.

LHDN berkata mengikut rekod penerimaan e-Invois sehingga pukul 12 tengah hari ini, 520,000 penghantaran berjaya telah direkodkan dan sistem MyInvois kini tersedia untuk digunakan oleh pengguna.

“Bagaimanapun laporan media dan aduan yang diterima menunjukkan bahawa beberapa pengguna masih menghadapi kesukaran untuk mengakses sistem MyInvois.

“Untuk mengatasi masalah ini, LHDN menyarankan pengguna agar log masuk semula ke sistem MyInvois dan membersihkan cache pelayar secara berkala,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan e-Invois boleh disalurkan melalui Meja Bantuan e-Invois HASiL di talian 03-8682 8000 (talian 24 jam), MyInvois Live Chat; E-mel myinvois@hasil.gov.my untuk pertanyaan umum e-Invois; dan borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan