KLUANG, 18 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki yang tular kerana videonya berkelakuan tidak sopan di tempat awam pada Rabu lepas ditahan polis kira-kira 5 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata sebaik menerima laporan, pihaknya telah melakukan siasatan dan mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Batu 4 pada 4.16 petang.
Beliau berkata lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di tepi Jalan Besar Mersing dan menerusi semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah, namun saringan ujian air kencing negatif dadah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 12 saat memaparkan seorang lelaki sedang melakukan aksi tidak senonoh sambil memegang telefon bimbit di tepi jalan raya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial