AM > BERITA

Polis Kesan Dua Remaja Lelaki Hilang Di Putatan

08/08/2024 09:04 PM

PENAMPANG, 8 Ogos (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan dekat sini, pagi tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam kenyataan memaklumkan kedua-duanya ialah Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, dan Nicholas Chee Ping, 13.

 “IPD Penampang menerima laporan berkaitan kehilangan dua remaja itu pada 10.18 pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Penampang menerusi talian 088-712222 atau Pegawai Penyiasat Insp Chee Yue Piew 016-666 8586.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan