AM > BERITA

Ahli Parlimen Belia Perlu Diterap Daripada Peringkat Sekolah, Universiti - Johari

11/08/2024 01:58 PM

KOTA BHARU, 11 Ogos (Bernama) -- Kaum belia perlu didedahkan dengan pengetahuan mengenai fungsi Dewan Rakyat atau Parlimen di peringkat sekolah lagi dalam usaha melahirkan Ahli Parlimen Belia, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata usaha itu penting diambil perhatian oleh guru atau tenaga pengajar untuk memenuhi keperluan kepimpinan pelapis.

"Jumlah keseluruhan kawasan Parlimen ialah 222 dan setiap Parlimen perlu ada seorang Ahli Parlimen manakala Parlimen Belia hanya ada 100 orang.

"Ahli Parlimen Belia ini terdiri daripada mereka yang berusia 18 hingga 35 tahun dan setiap dua tahun sekali ada pilihan raya belia," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi temu bual khas di Radio Kelantan FM, di sini, hari ini.

Johari berkata bagi merealisasikan perkara itu, perlu ada pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan bagi melahirkan Ahli Parlimen dalam kalangan belia. 

Beliau berkata usaha melahirkan Ahli Parlimen Belia tidak akan berjaya sekiranya platform kepada mereka tidak disediakan, kerana pemikiran sebagai seorang pemimpin tidak akan terjadi secara kebetulan, sebaliknya perlu ada perancangan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan