AM > BERITA

Naik Taraf Zoo Johor Selesai, Kini Dalam Fasa Persiapan Untuk Dibuka Semula - Exco

12/08/2024 02:44 PM

JOHOR BAHRU, 12 Ogos (Bernama) -- Projek naik taraf Zoo Johor telah selesai sepenuhnya, dan tinggal beberapa kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembersihan kawasan, pengurusan tenaga kerja, sistem e-tiket, landskap dan juga papan tanda, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Beliau yang dihubungi Bernama hari ini berkata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dijangka mengumumkan tarikh pembukaan semula zoo tertua di Malaysia itu kepada orang ramai pada 16 Ogos ini.

Beliau berkata kerja-kerja naik taraf kemudahan dan infrastruktur zoo itu antaranya melibatkan sistem pengaliran, penempatan haiwan, sistem baharu tiket dan tempat letak kereta.

Zoo seluas 12.5 hektar di Jalan Gertak Merah di sini bakal mempamerkan kira-kira 320 haiwan, yang meliputi 73 spesies membabitkan 18 mamalia, reptilia (13), primate (lapan) dan unggas (34).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan