AM > BERITA

Kesedar Runding Kaedah Pecah Lot Tanah Kediaman Untuk Generasi Kedua - Ahmad Zahid

12/08/2024 04:20 PM

GUA MUSANG, 12 Ogos (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sedang memperhalusi kaedah memecahkan lot tanah kediaman untuk generasi kedua peneroka bagi menyelesaikan isu pertindihan nama di atas lot tanah yang sama.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan dilaksanakan seperti mana dilakukan Felda.

"Apa yang diusahakan Kesedar adalah bagi memperolehi satu kawasan atau tanah lain yang berdekatan untuk dipecahkan lot bagi generasi kedua atau ketiga," katanya Program Temu Mata bersama masyarakat Jeram Tekoh, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata isu itu timbul berikutan satu lot tanah kediaman sebelum ini didirikan lebih daripada satu rumah untuk generasi kedua peneroka, yang menyebabkan berlaku pertindihan nama di atas lot sama.

"Dalam keadaan begitu, kita cuba elakkan pertindihan di lot yang sama atas nama orang lain. Ini telah berlaku dan harap dapat selesaikan sebagaimana pernah diselesaikan di lembaga kemajuan wilayah yang lain," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan