AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Alor Gajah Sedikit Menurun Malam Ini

12/08/2024 09:06 PM

MELAKA, 12 Ogos (Bernama) -- Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun kepada 407 orang  daripada 121 keluarga pada 7.30 malam ini berbanding 418 orang daripada 127 keluarga pada 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka secara berperingkat bermula semalam.

“PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 orang daripada 13 keluarga, PPS Balai Raya Ayer Paabas (61 orang daripada 13 keluarga) dan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin (163 orang daripada 59 keluarga).

“Selain itu, PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi (125 orang daripada 30 keluarga), PPS Dewan Japerun Ayer Limau (45 orang daripada 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Seri Jeram (10 orang daripada empat keluarga),” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kawasan terjejas termasuk Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Berisu.

Selain itu, turut terjejas ⁠Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai, Panchor dan Taman Rembia Jaya.

Cuaca dilaporkan cerah pada malam ini dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan