AM > BERITA

Atlet Perlu Hadapi Rintangan, Bersedia Mental Dan Emosi - TPM Ahmad Zahid

15/08/2024 01:07 PM

KUCHING, 15 Ogos (Bernama) -- Semua atlet yang terlibat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 perlu menghadapi segala rintangan dengan semangat juara, demikian pesanan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata atlet juga perlu bersedia bukan sahaja dari segi fizikal tetapi mental dan emosi.

"Hadapi rintangan dengan semangat juara dalam 488 acara yang dipertandingkan, selamat berjuang," kata Ahmad Zahid menerusi klip video yang dimuat naik Facebook hari ini.

SUKMA 2024 menawarkan 488 pingat emas dalam 37 jenis sukan dengan kesemua acara berlangsung di 50 venue pertandingan melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri.

Lebih 12,000 atlet dari seluruh negara mengesahkan penyertaan pada temasya dwitahunan kebangsaan itu selain Brunei sebagai kontinjen jemputan.

Ikuti liputan komprehensif menerusi laman web khas sukma.bernama.com yang menyajikan berita berkaitan perkembangan semasa kontinjen negeri dan pencapaian mahupun cerita-cerita menarik atlet terlibat dalam temasya itu.

Laman web dwibahasa itu juga akan memaparkan keputusan terkini selain galeri foto, video, carta pungutan pingat dan fakta menarik penganjuran SUKMA yang memasuki edisi ke-21.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan