AM > BERITA

Lawatan PM Anwar Peluang Untuk Tingkatkan Hubungan India-Malaysia

16/08/2024 11:37 PM

NEW DELHI, 16 Ogos (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India minggu depan memberikan peluang kepada negara ini  untuk meningkatkan hubungan dengan Malaysia, kata Kementerian Luar India pada Jumaat.

India berharap untuk membawa kerjasama dengan Malaysia ke "tahap yang lebih tinggi," kata jurucakap kementerian Randhir Jaiswal dalam satu taklimat media.

"Lawatan ini akan memberikan peluang untuk menilai semula dan memperkukuh hubungan kami merentasi pelbagai bidang," katanya.

Beliau mengingat kembali Anwar sebelum ini melawat India pada 2019 untuk menyertai satu persidangan di New Delhi dan bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi semasa lawatan itu.

"Kami amat menantikan lawatan Perdana Menteri Malaysia," kata Jaiswal.

Satu pengumuman rasmi akan dibuat pada Sabtu, katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan