AM > BERITA

Empangan Hidroelektrik Nenggiri: 245 KIR Orang Asli Terima Pampasan RM10 Juta

21/08/2024 05:31 PM

GUA MUSANG, 21 Ogos (Bernama) -- Sejumlah RM10 juta pampasan melibatkan kerosakan hasil tanaman dan ladang telah diberi kepada 245 Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli di Pos Tohoi, Pulat dan Kampung Wias yang terjejas ekoran pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri.

Pengarah Urusan TNB Power Generation Muhamad Nazri Pazil berkata pampasan berkenaan telah mula dibayar kepada komuniti berkenaan pada 9 Ogos dan 14 Ogos lepas.

Beliau berkata pampasan itu dibayar kerana tanaman seperti kebun dan ladang getah milik Orang Asli yang sedia ada terpaksa ditebang untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan empangan tersebut.

“Sebagai contoh, mereka (Orang Asli) yang ada ladang getah atau kebun di Pos Tohoi dan Pos Pulat dan kesemua pokok itu terpaksa ditebang, jadi kami akan beri pampasan anak pokok getah untuk ditanam di penempatan baharu.

“Selain itu, TNB juga ada memberi pampasan lain seperti menyediakan rumah, sekolah, surau, tandas serta beberapa kemudahan infrastruktur lain,” katanya kepada pemberita di Pos Tohoi di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan