AM > BERITA

Banjir: Jambatan Slim Village Runtuh

23/08/2024 11:22 PM

IPOH, 23 Ogos (Bernama) -- Jambatan Slim Village yang menjadi tapak bersejarah pertempuran Slim River ketika Perang Dunia Kedua runtuh dalam kejadian 8 malam tadi akibat banjir selepas hujan lebat sejak petang tadi. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ia melibatkan laluan sepanjang empat meter di Jalan Slim River-Ulu Behrang dekat Mualim.

Beliau berkata laluan itu kini ditutup kepada semua jenis kenderaan.

"Pihak Jabatan Kerja Raya sedang mengenal pasti sama ada terdapat jalan lain terlibat akibat banjir ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan air deras sehingga menyebabkan jambatan itu runtuh. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan