AM > BERITA

Anwar Tiba Di Istana Nurul Iman

26/08/2024 11:53 AM

Oleh Fadzli Ramli

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Nurul Iman di sini pada 11 pagi ini bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei di sini hari ini.

Anwar kemudian menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Cheradi Ratna Kencana di istana itu dan mengadakan pertemuan empat mata.

Sultan Hassanal Bolkiah kemudian berkenan untuk menyaksikan bersama Anwar pemeteraian memorandum persefahaman dan instrumen dua hala melibatkan dua negara di Baitul Mesyuarah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara yang mengiringi Anwar.

Anwar, yang tiba di sini malam tadi, dijadual pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang ini, mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Brunei.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan