DUNIA > BERITA

Polis London Tahan 90 Orang Hari Pertama Karnival Caribbean Di Notting Hill

26/08/2024 01:55 PM

MOSCOW, 26 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Polis Metropolitan London pada Ahad mengumumkan 90 orang ditahan pada hari pertama Karnival Caribbean di daerah Notting Hill, yang berlangsung pada Ahad hingga Isnin.

Seramai 15 orang pegawai polis cedera ringan pada hari pertama karnival, lapor Sputnik memetik kenyataan pihak polis di platform X.

"Setakat ini, 90 tangkapan dilakukan," menurut kenyataan itu.

Daripada jumlah itu, 10 orang ditahan kerana menyerang petugas manakala 18 kes berkaitan dengan pemilikan senjata berbahaya.

Polis turut merekodkan tiga kes serangan menggunakan pisau semasa karnival berlangsung.

"Seorang wanita berusia 32 tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal, seorang lelaki berusia 29 tahun dirawat di hospital dan kami masih menunggu kemas kini mengenai keadaan seorang lelaki berusia 24 tahun," menurut kenyataan polis.

Karnival Caribbean dianjurkan setiap tahun di daerah Notting Hill, London sejak 1966.

Antara idea di sebalik penganjurannya adalah untuk menyatukan pelbagai etnik dan menghentikan konflik perkauman, tetapi karnival itu sering dikaitkan dengan jenayah, dadah, timbunan sampah dan bunyi bising yang mengganggu penduduk setempat.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan