AM > BERITA

Anugerah Saintis Muda: Mosti Perkenal Lima Kategori Baharu

27/08/2024 06:04 PM

PUTRAJAYA, 27 Ogos (Bernama) -- Lima kategori baharu iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Perubatan dan Kejuruteraan, diperkenalkan bagi Anugerah Saintis Muda Negara (ASMN) tahun ini, berbanding dua kategori iaitu Sains Fizikal dan Sains Hayat pada penganugerahan sebelum ini.

Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan memaklumkan pendaftaran calon untuk anugerah itu telah dibuka awal bulan ini hingga 13 Sept menerusi laman web www.mosti.gov.my.

ASMN merupakan inisiatif MOSTI bagi mengiktiraf serta menghargai kerja dan pencapaian cemerlang saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi negara.

Anugerah itu bertujuan menggalakkan penjanaan pengetahuan baharu dalam bidang sains untuk memastikan Malaysia berdaya saing dengan negara luar terutamanya dalam bidang R&D.

"Selain itu penganugerahan ini merupakan satu persediaan untuk menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan dengan mengetengahkan hasil penyelidikan berpotensi dalam menyelesaikan masalah seharian.

"Menerusinya, Malaysia mampu melahirkan saintis-saintis muda negara yang mempunyai daya cipta tinggi dalam meningkatkan ekonomi negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur selaras konsep Malaysia MADANI," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan