AM > BERITA

Kapal Kargo Langgar Bot, Dua Nelayan Selamat

12/09/2024 12:49 PM

ALOR SETAR, 12 Sept (Bernama) -- Dua nelayan tempatan terselamat selepas bot yang dinaiki dilanggar sebuah kapal kargo di perairan laut Kuala Kedah dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata nelayan berusia 29 dan 50 tahun itu kini berada di Phuket, Thailand setelah diselamatkan kru kapal kargo berkenaan. 

“Kejadian hanya disedari oleh komuniti nelayan Kuala Kedah setelah mereka ternampak beberapa serpihan dan peralatan bot itu terapung kira-kira 8.30 malam. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan usaha mencari mangsa sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Pada 8 malam tadi, pemilik bot berkenaan telah dihubungi oleh mangsa dan memberitahu mereka berada di Phuket. Mereka memaklumkan kejadian berlaku apabila kapal kargo itu bergerak terlalu rapat sebelum melanggar bot nelayan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Siti Nor Salawati berkata akibat pelanggaran itu bot mangsa tenggelam.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka akan diminta untuk tampil memberi keterangan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan