AM > BERITA

Taobao Lancar Antara Muka Bahasa Inggeris, Tawar Pengalaman Lebih Menyeronokkan 

12/09/2024 07:13 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Taobao Malaysia buat julung kali melancarkan secara rasmi 'antara muka (interface) beta bahasa Inggeris' bertujuan menyediakan pengalaman yang lebih mesra pengguna dan mudah diakses pengguna tempatan.

Ciri baharu itu diperkenalkan sebagai respons kepada peningkatan permintaan daripada pembeli di negara ini sekali gus membolehkan mereka meneroka pelbagai produk di platform tanpa halangan bahasa.

Antara muka beta bahasa Inggeris itu diperkenalkan serentak di Malaysia dan Singapura, menjadikan Malaysia satu daripada pasaran terawal yang berpeluang menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan menyeronokkan. 

Ia dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) termaju dan terjemahan di platform secara automatik. Selain itu, aplikasi ini bakal membantu pelanggan menerusi dua pilihan bahasa iaitu Inggeris dan Cina untuk memastikan komunikasi yang cekap serta lancar.

Pengurus Negara Tmall Taobao World Malaysia Jess Lew berkata pelancaran inisiatif ini sebagai respons langsung terhadap permintaan tempatan dan syarikat komited untuk terus memperbaik antara muka (interface) berdasarkan maklum balas pelanggan.

“Dengan pelancaran antara muka beta bahasa Inggeris kami amat teruja untuk menyediakan platform yang memenuhi pelbagai keperluan pelanggan Malaysia.

“Inisiatif ini didorong oleh permintaan tinggi daripada pengguna tempatan dan kami yakin ia akan menambahkan lagi keseronokan membeli-belah dengan mengurangkan halangan bahasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara muka baharu ini akan menyediakan penerangan produk yang terperinci dalam bahasa Inggeris, penukaran harga kepada Ringgit Malaysia (RM), dan pengalaman pengguna yang lebih intuitif yang disesuaikan mengikut tabiat membeli-belah rakyat Malaysia.

Taobao juga dilengkapi infrastruktur pembayaran dan logistik yang kukuh selain mendapat sokongan Antom dan Cainiao bagi memastikan transaksi serta penghantaran yang lancar dan boleh dipercayai.

Pengguna Malaysia boleh memilih pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad debit/kredit, e-dompet, dan ansuran kad kredit dengan penjejakan pesanan tersedia melalui aplikasi.

Menurut Indeks Kecekapan Bahasa Inggeris EF 2023 (EF EPI), Malaysia menduduki tempat ketiga di Asia untuk kecekapan bahasa Inggeris dengan lebih 20 juta rakyat menggunakan bahasa itu sekali gus menunjukkan potensi antara muka bahasa Inggeris untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai pengguna.

Pengurus Besar Tmall Taobao World Jianqiu Ye berkata aplikasi antara muka baharu ini menjadi sebahagian komitmen syarikat untuk merentasi sempadan geografi dan memenuhi keperluan pelanggan di seluruh dunia. 

“Antara muka beta bahasa Inggeris Taobao menjadi bukti dedikasi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di seluruh dunia. Kami percaya pelancaran ini akan membuka peluang baharu kepada pembeli Malaysia untuk meneroka dan menikmati kepelbagaian produk yang ditawarkan di Taobao,” katanya.

Sempena meraikan pelancaran ini, Taobao menawarkan beberapa promosi terhad termasuk penghantaran udara percuma untuk item fesyen bernilai lebih RMB199, ganjaran pengguna baharu bernilai RMB65, dan pemulangan percuma bagi pesanan pertama. Perkhidmatan pelanggan dalam dwibahasa akan disediakan setiap hari dari 9 pagi hingga 9 malam.

Aplikasi Taobao yang menampilkan antara muka baharu bahasa Inggeris baharu boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store. Rakyat Malaysia digalakkan untuk memberikan maklum balas tentang versi beta untuk membantu menambah baik platform berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi jualan terkini boleh layari saluran media sosial Taobao Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok atau melalui aplikasi Taobao.

-- BERNAMA

 

(Penafian: Ini ialah artikel advertorial berbayar. Bernama tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini)


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan