AM > BERITA

Agong Terima Kunjungan Hormat Bekas Naib Presiden Indonesia

17/09/2024 01:28 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Seri Paduka Baginda dan Jusuf Kalla berlangsung selama hampir 30 minit di Istana Negara.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim. 

Jusuf Kalla pernah menjawat jawatan Naib Presiden Indonesia sebanyak dua kali iaitu dari tahun 2004 hingga 2009 bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan untuk tempoh 2014 hingga 2019 bergandingan dengan Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan