AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

29/09/2024 09:23 AM

ALOR SETAR, 29 Sept (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 451 orang daripada 160 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 163 orang daripada 59 keluarga malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terap itu ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Kubang Pasu, seramai 249 orang daripada 94 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan Dewan Lubuk Batu yang dibuka semalam.

Sementara itu, di Pokok Sena, seramai 153 orang daripada 48 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang dan Dewan Serbaguna Pokok Sena manakala di Padang Terap, seramai 49 orang daripada 18 keluarga ditempatkan di Masjid Aisyah Kampung Tanjung Kanan.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 pagi paras Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap; Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar; Sungai Laka di Kampung Padang Pasir dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu telah melebihi paras bahaya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan