AM > BERITA

Banjir Di Kedah Hampir Pulih, Hanya Satu PPS Masih Beroperasi

02/10/2024 05:14 PM

ALOR SETAR, 2 Okt (Bernama) -- Banjir di Kedah semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 117 orang daripada 34 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 633 orang daripada 212 keluarga, pagi tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mej (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di daerah Kota Setar.

“PPS SMK Alor Merah yang dibuka sejak 29 Sept lepas masih beroperasi kerana terdapat mangsa yang belum boleh pulang ke rumah masing-masing berikutan air belum surut sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan tiada sungai di negeri ini melepasi paras bahaya, hanya Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar yang melepasi tahap amaran.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan